Kamis, 25 Juli 2013

Anugerahkan Nikmat-Mu Bersama Rahmat-Mu

Anugerahkan Nikmat-Mu Bersama Rahmat-Mu


Tuhan! Aku pinta pada-Mu
Anugerahkan padaku nikmat-Mu bersama rahmat-Mu
Janganlah Engkau kurniakan padaku semata-mata nikmat tanpa rahmat
Rahmat-Mu lebih utama dan besar daripada nikmat-Mu
Apakah ertinya nikmat tidak disertai dengan rahmat
Tuhan! Setiap kebaikan yang aku buat aku tidak harap Syurga-Mu
Tapi yang aku harapkan adalah keredhaan-Mu
Keredhaan-Mu lebih mahal daripada Syurga-Mu
Tuhan! Begitulah aku takut membuat dosa bukan kerana takut dengan Neraka-Mu
Tapi aku takut dengan kemurkaan-Mu
Kemurkaan-Mu lebih dahsyat dan hebat daripada Neraka-Mu
Jadikanlah aku wahai tuhan setiap ibadah yang aku lakukan mengharapkan rahmat-Mu
Bukan mengharapkan Syurga-Mu
Jadikanlah juga aku takut membuat dosa bukan kerana Neraka-Mu
Tapi jadikanlah aku takut membuat dosa kerana kemurkaan-Mu
Tuhan biarlah apa yang aku buat kerana-Mu
Bukan kerana Syurga atau Neraka-Mu
Kerana-Mu dan untuk-Mu adalah keikhlasan yang paling tinggi
Itulah sifat orang yang merdeka
Kerana Syurga dan Neraka masih terikat dengan kebendaan
Di sini tercacat sedikit keikhlasan 

4 komentar:

  1. Mengaminkan semua doa dipuisi ini....

    BalasHapus
  2. Indah sekali puisinya. Ada doa yang tersirat di dalamnya. Semoga Allah SWT berkenan mengabulkan doa doa yang tersirat dalam bait bait puisi yang indah ini. Aminnnnnnnnnnnnnn

    BalasHapus