Rabu, 06 Februari 2013

Alangkah Susah Mencari Kawan yang Sejati

Alangkah Susah Mencari Kawan Yang Sejati


Kalau kita duduk sekampung kita berkenalan dengan orang kampung,
berjumpa dan bertemu di masjid, kedai, di rumah orang kenduri,
di perselisihan jalan, di dalam mengurus keperluan kita,

itu bukan kawan namanya, itu adalah kenalan kita itu
Bertemu dan berjumpa di tempat kerja,
masing-masing membuat urusan masing-masing
Sekali-sekala bertegur sapa kemudian tidak ambil tahu satu
sama lain juga kenalan juga Orang yang kita temui di dalam perjalanan,
di dalam menjalankan tugas kita, kita lihat dia, dia melihat kita senyum dari jauh
sahaja, itu juga bukan kawan kita
Orang yang kita  yang kita temui di dalam perjalanan pergi kerja,
berselisih di jalan sahaja berkenalan tidak sempat,
bahkan tidak tahu-menahu satu sama lain,
lebih-lebih lagi itu bukan kawan setia.
Tapi setengah  orang di dalam berbual dengan orang,
orang yang sekadar berjumpa itu dikatakan kawannya.
Kalau ada orang bertanya polan-polan itu duduk di kampung ini,
saya kenal dia di tempat kerja, kita pun berkata, “Oh itu kawan saya”
Pernah di dalam pergaulan.ada orang berkata dengan
kita saya kenal sipolan, sipolan itu, kita pun berkata,
“Oh dia itu kawan sepersekolahan saya”
Begitulah seterusnya mudah kita  berkata dia kawan saya, dia sekampung dengan
saya.
Oh dia itu kawan saya sama sedarjah dengan saya di waktu belajar dahulu di  sekolah
menengah di tempat saya
Dia itu kawan baik saya, sama-sama bekerja di dalam tentera, lama bersamanya
Gambaran yang disebutkan tadi itu bukan kawan, itu adalah kenalan
Mencari kenalan mudah, mencari kawan susah
Kawan di dalam Islam bukan sekadar satu agama, sama-sama beragama Islam.
Kawan itu selain seagama  ia adalah sama-sama mempunyai cita-cita agama
Kawan adalah seperjuangan di dalam satu jemaah di bawah satu pemimpin menuju
satu cita-cita, cintakan Tuhan
Sikap kita dan dia adalah sama
Kesusahan kita kesusahan dia, kesusahan dia kesusahan kita
Kegembiraan kita kegembiraan  dia, kegembiraan dia adalah kegembiraan kita
Kita dan dia bela-membela, keluarganya keluarga kita, keluarga kita keluarganya
Masing-masing mengambil berat satu sama lain, tengok-menengok,
bantu-membantu sesama
Seolah-olah kita dan dia satu keluarga, satu ibu dan satu bapa
Mati keluarganya diziarahi, kita mati, keluarga kita diziarahi, silaturrahim
berterusan dan berpanjangan
Aib dia kita tutup, aib kita dia tutup, sayang-menyayangi, kasih-mengasihi
Lama tidak berjumpa rasa rindu, bila bertemu susah hendak berpisah
Mana ada orang yang kita bertemu semacam ini
Di sini baru kita faham mencari kawan itu susah, hampir mustahil,
Mencari kenalan mudah masa berlaku
Di sinilah rahsia mengapa umat Islam di hari ini tidak boleh bersatu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar