Lafaz zalim berasal daripada perkataan zulmun ( )
Zulmun bererti kegelapan
Hakikat kegelapan di sini adalah bersifat maknawi dan rohani
Buta jiwanya (hatinya) dan akalnya melihat kebenaran, zalimlah
dia
Buta jiwa tidak kenal lagi Tuhannya
Sama ada langsung tidak tahu atau tahu Tuhan kerana buta hatinya
salah pengenalannya
Dari sini baru kita faham erti zalim luas maknanya
Buta syariat-Nya dikatakan zalim di dalam Islam
Buta daripada mengetahui adanya Tuhan, zalim martabat tinggi
Buta daripada mengetahui Tuhan yang sebenar, zalimlah juga
Bila buta jiwa dia ambil pakaian Tuhan iaitu sombong dan ego,
zalim kelas dua
Tidak tahu adanya Tuhan atau tidak mengenal Tuhan ini adalah zalim
martabat tinggi (super zalim namanya)
Kerana itulah di dalam Al Quran dikatakan syirik itu zalim yang
maha besar yang tiada taranya
Zalim dengan manusia adalah zalim martabat yang rendah sahaja
Termasuk juga syariat tidak berjalan di dalam diri, zalim kelas
bawah sahaja
Zalim yang paling tinggi, zalim terhadap Tuhan
Tidak percaya Tuhan, syirik dengan Tuhan, tidak mempeduli
Tuhan
Hari ini yang diriuh-rendahkan zalim dengan manusia
Padahal mereka yang riuh-rendahkan zalim terhadap manusia, mereka
zalim dengan Tuhan
Zalim dengan Tuhan adalah super zalim namanya
Yang anehnya pejuang-pejuang Islam pun tidak memahami erti
zalim
Fahaman mereka tentang zalim sama sahaja apa yang difaham oleh
kafir durjana
Kerana itulah mereka menentang kezaliman boleh bekerjasama dengan
mereka
Sampai bilakah mereka hendak membetulkan perjuangannya!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar