Rabu, 06 Februari 2013

Arti Zalim

Lafaz zalim berasal daripada perkataan zulmun (            )
Zulmun bererti kegelapan

Hakikat kegelapan di sini adalah bersifat maknawi dan rohani
Buta jiwanya (hatinya) dan akalnya melihat kebenaran, zalimlah dia
Buta jiwa tidak kenal lagi Tuhannya
Sama ada langsung tidak tahu atau tahu Tuhan kerana buta hatinya salah pengenalannya
Dari sini baru kita faham erti zalim luas maknanya
Buta syariat-Nya dikatakan zalim di dalam Islam
Buta daripada mengetahui adanya Tuhan, zalim martabat tinggi
Buta daripada mengetahui Tuhan yang sebenar, zalimlah juga
Bila buta jiwa dia ambil pakaian Tuhan iaitu sombong dan ego, zalim kelas dua
Tidak tahu adanya Tuhan atau tidak mengenal Tuhan ini adalah zalim martabat tinggi  (super zalim namanya)
Kerana itulah di dalam Al Quran dikatakan syirik itu zalim yang maha besar yang tiada taranya
Zalim dengan manusia adalah zalim martabat yang rendah sahaja
Termasuk juga syariat tidak berjalan di dalam diri, zalim kelas bawah sahaja
Zalim yang paling tinggi, zalim terhadap Tuhan
Tidak percaya Tuhan, syirik dengan Tuhan, tidak mempeduli Tuhan
Hari ini yang diriuh-rendahkan zalim dengan manusia
Padahal mereka yang riuh-rendahkan zalim terhadap manusia, mereka zalim dengan Tuhan
Zalim dengan Tuhan adalah super zalim namanya
Yang anehnya pejuang-pejuang Islam pun tidak memahami erti zalim
Fahaman mereka tentang zalim sama sahaja apa yang difaham oleh kafir durjana
Kerana itulah mereka menentang kezaliman boleh bekerjasama dengan mereka
Sampai bilakah mereka hendak membetulkan perjuangannya!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar