Di dunia kita dapat rasakan kalau kita dihukum dengan dimasukkan ke dalam jel
sekian-sekian tahun lamanya, di waktu itu gelaran tidak ada erti apa-apa,
pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya, kawan
banyak tidak ada guna,
keluarga dan sanak saudara yang ramai pun tidak boleh buat apa-apa. Mengapa
tidak terfikir oleh kita di Akhirat kelak segala-galanya tadi lebih-lebih
lagi tidak berguna dan tidak menyelamatkan kita.Oleh itu janganlah kita
berbangga dengan itu semua.
Harta benda dan kekayaan di dunia ini walau sebanyak mana sekalipun yang kita
gunakan sedikit sangat iaitu sekadar yang dimakan, sebanyak yang dipakai dan
setakat yang digunakan, selain itu semuanya milik orang lain walaupun nama
kita, tidak seperti kekayaan di Akhirat berdasarkan amal soleh kita di dunia,
semuanya yang kita miliki, semuanyalah kita boleh gunakan.
Kalau miskin di dunia kita sangat takuti, maka mengapa miskin di Akhirat kita
tidak takut padahal miskin di Akhirat tempatnya di Neraka.
Anggaplah kita ini orang dagang di dunia ini, bahkan merasakan demikian setiap
waktu, agar kita tidak terpaut dengan dunia, dan mendorong kita buat persiapan
untuk balik ke Akhirat, dengan cara ini Insya-Allah kita akan selamat
Perkara yang patut dipandang besar bukan masa depan di dunia tetapi masa depan
selepas mati di Akhirat, ia kekal abadi.
Bersedihlah dengan dosa di dunia ini, agar di Akhirat bergembira. Menangislah
di dunia ini agar di Akhirat kita ria dan ceria. Bersusah-susahlah kita dengan
hak Allah di dunia ini, agar di Akhirat kelak kita dipermudah.
Bagaimana hebatnya kita, dan walau sebesar manapun rumah kita bila kita
mati rumah pertama yang kita masuki ialah keranda sebesar saiz badan kita,
kemudian kita dipindahkan ke lubang kubur kiri-kanan tanah, atas tanah, sangat
sempit dan terhimpit hendak ada sebarang lampu yang meneranginya.
Bersihkanlah diri kita daripada dosa dengan cara bertaubat. Kita berhadapan
denga mati kecil iaitu tidur, manalah kita tahu sekiranya dengan mati besar,
kita telah bersedia bertemu dengan Tuhan dengan membawa diri yang bersih.
Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak membuat persiapan di hari tua
yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak
membuat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan.
Ingatlah Allah di dalam sebarang hal dan perkara, agar kita tidak terlajak,
supaya rasa bertuhan sentiasa ada, dan kita dapat mengekalkan rasa kehambaan
dan dengan itu boleh membantu menghilangkan sifat-sifat mazmumah yang sangat
merbahaya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar