Rabu, 12 Desember 2012

Ingat Akhirat dan Mati

Di dunia kita dapat rasakan  kalau kita dihukum dengan dimasukkan ke dalam jel sekian-sekian tahun lamanya, di waktu itu  gelaran tidak ada erti apa-apa,  pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya,  kawan
banyak tidak ada guna, keluarga dan sanak saudara yang ramai pun tidak boleh buat apa-apa.  Mengapa tidak terfikir oleh kita  di Akhirat  kelak  segala-galanya tadi lebih-lebih lagi  tidak berguna  dan tidak menyelamatkan kita.Oleh itu  janganlah kita berbangga dengan itu semua.
Harta benda  dan  kekayaan di dunia ini walau sebanyak mana sekalipun yang kita gunakan sedikit sangat iaitu sekadar yang dimakan, sebanyak yang dipakai dan setakat yang digunakan, selain itu semuanya  milik orang lain walaupun nama kita, tidak  seperti kekayaan di Akhirat berdasarkan amal soleh  kita di dunia, semuanya yang kita miliki, semuanyalah kita boleh gunakan.

Kalau miskin di dunia kita sangat takuti, maka mengapa miskin di Akhirat kita tidak takut padahal miskin di Akhirat tempatnya di Neraka.
Anggaplah kita ini orang dagang di dunia ini, bahkan merasakan demikian setiap waktu, agar kita tidak terpaut dengan dunia, dan mendorong kita buat persiapan untuk balik ke Akhirat, dengan cara ini Insya-Allah kita akan selamat
Perkara yang patut dipandang  besar bukan masa depan di dunia tetapi masa depan selepas mati di Akhirat, ia kekal abadi.
Bersedihlah dengan dosa di dunia ini, agar di Akhirat bergembira. Menangislah di dunia ini agar di Akhirat kita  ria dan ceria. Bersusah-susahlah kita dengan hak Allah di dunia ini, agar di Akhirat kelak kita dipermudah.
Bagaimana hebatnya  kita, dan  walau sebesar manapun rumah  kita bila  kita  mati  rumah pertama yang kita masuki ialah keranda sebesar  saiz badan kita, kemudian kita dipindahkan ke lubang kubur kiri-kanan tanah, atas tanah, sangat sempit  dan terhimpit hendak ada sebarang  lampu yang meneranginya.
Bersihkanlah diri kita daripada dosa dengan cara bertaubat. Kita berhadapan denga mati kecil  iaitu tidur, manalah kita tahu sekiranya  dengan mati besar,  kita telah bersedia bertemu dengan Tuhan dengan membawa diri yang bersih.
Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak membuat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan.
Ingatlah Allah di dalam sebarang hal dan perkara, agar kita tidak terlajak,  supaya rasa bertuhan sentiasa ada, dan kita dapat mengekalkan rasa kehambaan dan dengan itu boleh membantu menghilangkan sifat-sifat mazmumah yang sangat merbahaya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar